kelahiran dua PUTERA..

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah kerana kita masih lagi dikurniakan nikmat sihat dan nikmat merasai udara Ilahi ketika ini.. sahabat-sahabat yang disayangi..sudah lama rasanya nisa' Sandakan tidak mencoretkan sebarang berita di skrin putih ini. InsyaAllah kali ini kami akan paparkan kepada rakan-rakan pembaca satu berita terkini.. Alhamdulillah, pada 17 mac 2010 kita menerima dua orang putera dari dua ibu Nisa'..pertama putera Ketua Nisa' Sandakan sendiri iaitu Ukhti Analisah dan kedua Ukhti Mardiana..dua sahabat ini telah selamat melahirkan putera comel di Hospital disini..
baby k.ana iz iqbal..
baby kak mar..belum ade nama..
Apa yang mengharukan kami mereka berdua selamat melahirkan bayi pada hari yang sama dan bersebelahan katil pula.. Allah Maha Merancang segala-galanya.. ZIARAH UKK BERSAMA SAHABAT-SAHABAT.. Kami dari UKK bersama sahabat-sahabat yang lain telah menjalankan aktiviti menziarahi baby baru ini pada hari ahad, 28 mac 2010.. Gambar menuju ke rumah baby baru..
sukenye..
"sesungguhnya apabila lahir seorang anak Adam maka menangislah syaitan.." Semoga mereka dikurniakan semangat jihad dan menjadi sebahagian mata rantai perjuangan Islam..insyaAllah..sama-sama kita doakan.. sekian untuk kali ini..