JOM tengok Majalah..

Assalamualaikum wbt.
Kali ini, krew Nisa' ingin mempromosikan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi beberapa buah majalah yang kini berada di pasaran, iaitu majalah Muslimah, Anis, Aniqah, Qiadah dan majalah Solusi.. majalah- majalah ini mempunyai keistimewaannya yang amat luar biasa dan memberi suntikan baru kepada muslimah sekalian. Bagi sahabat-sahabat yang belum melihat isi majalah ini, kalian diseru untuk berjinak-jinak dengan majalah-majalah ini dan tidak rugi menjadikan majalah-majalah ini sebagai bahan bacaan untuk ahli keluarga atau bacaan peribadi. Selamat membaca. Wanita berilmu, beriman, beramal, dan bertaqwa adalah tunjang kepada Islam. Semoga kita bisa menjadi pendokong dan penyokong kepada agama tercinta dengan menjadikan diri kita sebagai mujahidah yang berilmu di dalam beramal..Amiin..
majalah Muslimah
majalah Anis
majalah Qiadah majalah Aniqah
majalah Solusi
Manakala bagi adik-adik di sekolah rendah, bolehlah membaca bahan bacaan seperti Ana Muslim.. Di dalam majalah Ana Muslim, banyak disediakan cerita berbentuk komik, cerita pendek, tips sebagai pelajar, dan banyak lagi. Selain itu, di dalam majalah ini juga disediakan ruangan pertandingan untuk disertai oleh adik-adik yang berminat.. selamat membaca!! Wallahua'lam. Salam ukhuwah dari Nisa'..