perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis

Assalamualaikum wbt.. Pertama-tamanya, krew Nisa' Sandakan memohon maaf kepada sahabat-sahabat pengunjung kerana sudah lama tidak meng'update' laman sesawang kami ini. Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas iaitu pada 16 dan 17 januari 2010, nisa' Sandakan telah berjaya menganjurkan satu aktiviti iaitu Nisa' Team Building kawasan Sandakan yang berkampung di teratak PASTI Khalid Al-Walid, Taman Tinosa..
Pasti Khalid..luas dan cantik.. tahniah kak mar..
Kehadiran ahli-ahli Nisa' Sandakan amat baik dan begitu juga dengan kehadiran sahabat-sahabat nisa' Tawau serta bonda-bonda muslimat yang hadir dari jauh untuk bersama-sama berkongsi kisah perjuangan mereka dengan nisa' Sandakan. Sesungguhnya kisah perjuangan yang dialami dan dirasai merupakan suatu sumbangan kita kepada agama islam yang tercinta ini. Islam itu tidak memerlukan kita untuk berada di tempat teratas, tetapi kita yang memerlukan Islam demi Syurga yang dijanjikan..
hujan tak henti-henti membasahi bumi..
meredah jambatan..gayat pun ade..^_^..
Pelbagai halangan dan cabaran samaada dari dalam diri dan juga halangan cuaca terpaksa ditempuhi oleh warga nisa' sandakan serta sahabat-sahabat nisa' Tawau untuk sampai ke teratak Khalid Al-Walid ini. Hujan yang turun dengan lebat pada malam aktiviti tidak mengganggu perjalanan program yang diadakan. "Bestnye kalau dapat tidur sejuk-sejuk ni kan.." mungkin inilah word yang sesuai untuk kita pada saat ini. Tetapi hakikat mencari redha dan cinta Allah SWT itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit dari kita.. Ketika saat ini juga, kami bermuhasabah mencari titik persamaan untuk membolehkan jasad-jasad ini bersatu membawa satu matlamat untuk tugasan Islam yang perlu dilaksanakan. Akhir kalam, Krew Nisa' Sandakan mengucapkan berbanyak terima kasih dan salam kemaafan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan Nisa' Team Building ini. Sesungguhnya ruang, masa, dan tenaga yang kalian sumbangkan ini mampu menjadi sebab untuk mendapat cinta dan redha Allah SWT.Amin.. semoga gerakerja kita menjadi lebih baik dan sentiasa istiqamah pada jalan ini. iNsyaAllah.. tidak lupa juga pada ibu murid yang memasak..(^_^,lupe namanya..)..terima kasih ye kak..!!... wallahu'alam. jumpa lagi di lain program..insyaAllah..